Thursday, August 11, 2011

Ramadan Pertama

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..bersyukur aku ke hadrat Allah s.w.t pada tahun ini aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan Ya Karim...sudah hampir 2 minggu umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa,menunaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam.

Ramadhan ku pada tahun ini amat berbeza sekali. Semuanya serba serbi pertama kali. Pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri, pertama kali berpuasa berjauhan dengan bonda tercinta,juga pertama kali berpuasa dengan suasana baru di rumah baru.

Bulan Ramadhan kali ini juga memperlihatkan bakat aku dalam bidang masakan..pelbagai menu dicuba n salah (try n error laaa)..Tak pelah kan..lama-kelamaan nanti expert lah aku..setiap kali aku mencuba sesuatu masakan yang baru..Alhamdulillah suami menyukainya..hehehe.

Akhir kata, selamat menjalani ibadah berpuasa.Rebutlah peluang ini untuk beramal ibadah. Semoga amalan kita diterima, dan diberkati oleh-Nya..Amiinn..

No comments:

Post a Comment